Thursday, April 29, 2010

49 - MAJLIS KESYUKURAN, MOTIVASI KEIBUBAPAAN & MAULUDUR RASUL 2010
























SELASA, 27 April - SKMUB telah mengadakan satu majlis perdana 3 in 1. Malam Selasa warga sekolah dan ibu bapa telah membuat persiapan untuk memasak. Cadangan malam tersebut seekor kerbau akan ditumbangkan. Entah macam mana kerbau tidak dapat, lembu juga jadi mangsa. Pun bagaimana walau lembu...lembulah, asalkan warga sekolah dan ibu bapa dapat menikmatinya...

Woi... marilah ramai-ramai tolong siang daging ni... YDP PIBG SKMUB sedang memasak gulai kawah

Para ibu dan bapa tengah khusuk mendengar ucapan.



Ustaz Abdullah Zawawi memulakan majlis dengan membaca doa, kemudian ucapan aluan tuan Guru Besar secara ringkas, dan En Ramali dari PPD KK. Perasmian disempurnakan oleh
En Mohd Daud b. Abu Yazid Pegawai Pembangunan Persekutuan Cawangan Kuala Krai. Beliau menyentuh tentang kepentingan pendidikan dan juga perbandingan pendidikan luar negara.


En. Mohd Daud b. Abu Yazid (Pegawai Pembangunan Persekutuan
cawangan Kuala Krai)
En. M0hd Daud b. Abu Yazid menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

Barisan murid cemerlang dan target bersama Penceramah Motivasi dan Pegawai JPP


Ceramah motivasi disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Termizi b. Hj. Musa Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kelantan. Beliau menyatakan kedatangan para ibu dan bapa adalah untuk berbincang tentang anak-anak bukan sekadar untuk makan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Dalam ceramahnya lagi, beliau telah menjelaskan harapan ibu bapa terhadap anak-anak iaitu menginginkan anak yang soleh bukan yang toleh, anak yang disayangi oleh semua orang baik di sekolah mahupun di mana sahaja dan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Penjelasan yang disampaikan oleh penceramah membuatkan para ibu dan bapa serta murid-murid terdiam dan mengamati sedalam-dalamnya ceramah yang di dengar. Mungkinkah menimbulkan keinsafan...atau sekadar mencurah air ke daun keladi...tepuk dada tanya selera masing-masing. Bagi mereka yang mengamati dengan penuh khusuk tentulah akan membuat perubahan kepada keluarganya.
Anak-anak di tahap sekolah rendah ini masih boleh lagi dibentuk sebagaimana rebun yang boleh dilentur. Beliau mengingat ibu bapa supaya sentiasa memantau keadaan anak-anak semasa di rumah dan jangan biarkan tak terkawal kerana peratusan paling tinggi melibatkan dadah, buang bayi, merepit dan lain-lain adalah orang Melayu.

Jamuan selepas Majlis Motivasi di Kantin Asrama
Mengakhiri majlis, dif, ibu bapa dan hadirin di jemput untuk menjamu selera.

No comments:

Post a Comment