Saturday, May 29, 2010

50 - SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KHAMIS, 20 Mei - SKMUB telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Sri Gemilang SKMUB waktu pagi untuk mendengar perutusan yang disampaikan oleh pentadbir sekolah. Turut serta dalam majlis tersebut ialah En. Ramali Deraman PPD Kuala Krai merangkap Penghulu SKMUB.
Selesai perhimpunan, guru2 serta murid2 ke padang untuk meneruskan acara pertandingan. Guru dan semua staf dibahagi kepada 4 kumpulan. Acara yang dipertandingan ialah bola sepak berkain sarung, bola jaring berkain pelikat dan beberapa acara sukaneka dipersembahkan. Semua murid yang berkumpul di padang tidak kering gusi ketawa melihat gelagat guru2 serta staf bertanding.

Selepas rehat dipersembahkan pula dengan deklamasi sajak, nyanyian, lakonan oleh guru dan murid di Dewan Sri Gemilang. Murid2 juga berpeluang menghulurkan hadiah kepada guru kesayangan mereka. (aku tak dapat hari tu, pun bagaimana walau hari lain ada juga murid yg beri hadiah...terima kasih). SeLaMaT hArI gUrU...!!!

No comments:

Post a Comment