Monday, April 18, 2011

Motivasi Keibubapaan/ penjaga Murid Tahun 6 2011







AHAD, 10 April – Satu Ceramah motivasi Keibubapaan telah diadakan khusus untuk para ibu bapa/ penjaga murid tahun enam SK Manek Urai Baru ( SKMUB ). Penceramah jemputan adalah YM Tengku Adullah Bin Tengku Ismail, Pensyarah Kanan IAB, Genting Highlands.

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi kesedaran atau keyakinan kepada para ibu bapa/ penjaga tentang potensi anak-anak mereka iaitu dilahirkan sebagai Juara . Kejayaan anak-anak pada masa hadapan bergantung kepada cara didikan dan kemahiran keibubapaan yang diterapkan.



Mesyuarat Agung PIBG ke-20 SK Manek Urai Baru Tahun 2011







KHAMIS, 7 APRIL – Mesyuarat Agung PIBG ke-20 telah di adakan dengan jayanya di Dewan Sri Gemilang. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh Wakil Pegawai PPD Kuala Krai iaitu En. Zaidi Bin Kassim.

Gotong-royong SKMUB 2011







SABTU, 5 Mac – Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru dengan jayanya. Aktiviti ini melibatkan guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah di samping memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain. Semoga semangat cinta akan kebersihan akan disemai dalam kalangan warga SKMUB.

Sambutan Maulidur Rasul, Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPSR 2010 dan Kesyukuran








KHAMIS , 3 Mac - Buat julung-julung kalinya satu majlis 3 dalam 1 iaitu Sambutan Maulidur Rasul, Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPSR 2010 dan Kesyukuran telah berjaya diadakan dengan meriah dan jayanya. Acara pertama diadakan ialah Sambutan Maulidur Rasul iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Selepas itu, diadakan Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam UPSR 2010 dan berakhir pada jam 12.00 tengahari . Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG En. Omar b. Junoh, Tengku Aminudin b. Tengku Yusoff ( Wakil PPD Kuala Krai ) dan Dato, Nik Sepeia Nik Yusoff . Aktiviti/ acara yang terakhir ialah Majlis Kesyukuran atas kecemerlangan UPSR 2010 dan para tetamu menikmati juadah ‘ Gulai Kawah ’ yang disediakan.



Thursday, April 14, 2011

Kejohanan Merentas Desa SKMUB Tahun 2011


Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan mulai pukul 7.30 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Acara ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Omar Bin Junoh. Kejohanan pada kali ini melibatkan murid-murid tahun 1 - 6 dan mereka mewakili Rumah Sukan masing-masing. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan dan mereka dikehendaki berlari sejauh 4.5 km.






Perjumpaan Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 6 2011

ISNIN, 24 JANUARI – Satu perjumpaan ibu bapa atau penjaga murid tahun 6 telah di adakan di Bilik Mesyuarat SKMUB. Ia telah melibatkan seramai 25 orang ibu bapa atau penjaga murid tahun 6 Bestari.