Monday, August 30, 2010

59 - SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH




ISNIN, 30 Ogos - SKMUB telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Antara acara dijalankan adalah Perarakan Basikal Merdeka, di mana murid2 berbasikal dihiasi jalur gemilang berarak melalui jalan masjid dan ke sekolah. Sambutan yang diadakan amat meriah kerana semua murid bermula pra sekolah hinggalah tahun 6 berbaris di pintu masuk dan sepanjang jalan di hadapan sekolah sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Saturday, August 28, 2010

58 - PENYAMPAIAN HADIAH MURID CEMERLANG PERCUBAAN UPSR




AHAD - 29 Ogos, Satu majlis diadakan sempena tamat percubaan UPSR baru2 ini, di mana seramai 35 orang murid telah mendapat hadiah.
Murid mendapat 5A - 7 orang, 4A - 7 orang, 3A - 4 orang, dan 2A - 17 orang.
Penyampaian hadian disempurnakan oleh YDP PIBG En. Omar b. Junoh.

Sunday, August 15, 2010

57 - MAJLIS BERBUKA PUASA & SEMBAHYANG HAJAT PERDANA



12 Ogos 2010..bersempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia..telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat Perdana dengan jayanya. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tn.Hj.Zulkifli b.Mohd Noor (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai), En.Othman b Awang Lah (Tim.PPD KK), dan beberapa pegai lain.
Majlis ini juga meraikan persaraan En.Othman b Awang Lah, Tim.PPD KK. Pihak SKMUB telah menyampaikan cenderahati yang disampaikan oleh Tn.Hj.Ramli b Mat Daud, GB SKMUB.
Tujuan majlis berbuka puasa & sembahyang hajat diadakan adalah untuk memohon restu Allah swt supaya membuka pintu hati murid2 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi dapat menjawab kertas peperiksaan dengan sebaik2nya....InsyaAllah.

Saturday, August 14, 2010

Program Mesra ICT Penyelaras GITN dan Fasilitator SchoolNet

SKMUB telah menjadi tuan rumah bagi Program Mesra ICT Penyelaras GITN dan Fasilitator SchoolNet anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai. Program berjalan selama 3 hari mulai 1 Ogos hingga 3 Ogos 2010. Program diadakan di Makmal Komputer SKMUB. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Radhi, Ketua Pegawai ICT, PPD Kuala Krai. Turut serta Fasilitator SchoolNet SKMUB, Nor Harziy bt Zakaria@Zainuddin bersama 19 Fasilitator SchoolNet dari seluruh daerah Kuala Krai. Seramai 4 orang Penyelaras GITN, 2 orang GITN serta 3 orang Juruteknik yang dijemput untuk memberi ceramah mengikut slot yang telah ditetapkan. Beberapa slot program tersebut termasuklah ‘PC Assemble’ dan ‘PC Maintenance’,Pembinaan Website dan Graphic Editing.

Wednesday, August 11, 2010

55 - PEMERIKSAAN GIGI






Jururawat pergigian berada di SKMUB selama beberapa untu membuat pemeriksaan gigi setiap murid dari tahun murid Pra hingga tahun 6. Murid-murid akan diajar cara-cara menggunakan berus gigi dengan betul.