Thursday, September 17, 2009

29 - SAMBUTAN MAJLIS IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN

Pagi kelmarin, 16 September. Panitia Agama Islam telah menjayakan majlis 'Ihya Ramadhan' dan 'Khatam Al-Quran'. Majlis ini bermula jam 8.30pg. apabila jemputan dari PPD Kuala Krai tiba.
Perarakan membawa bunga mangar dan bunga telur bagi mengiringi Pn. Norhayati bt. Muhamad Penyelia J-Qaf PPD Kuala Krai ke Dewan Sri Gemilang SKMUB.
Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Us. Abdullah Zawawi b. Yatim. Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud Guru Besar SKMUB memulakan ucapan alu-aluan. Dalam ucapan, beliau menyentuh tentang kelebihan di bulan Ramadhan dan ganjaran pahala. Perasmian disempurnakan oleh Pn. Norhayati bt. Muhamad Penyelia J-Qaf PPD Kuala Krai.
Majlis diteruskan dengan hafazan Al-Quran oleh murid-murid tahap satu dan dua. Kemudian majlis khatam Al-Quran yang diketuai oleh Us. Zulkifli b. Mamat. Guru Besar dan PK Pentadbiran juga ikut serta menjadi guru Quran. Seramai 30 peserta Khatam Al-Quran terdiri daripada murid tahun 4, 5 , dan 6.
Murid-murid miskin juga tidak dilupakan. Dalam majlis ini pembahagian zakat telah diagihkan kepada mereka yang miskin. Sumber kewangan daripada sumbangan warga SKMUB, murid-murid, dan orang-orang tertentu.

Tuesday, September 8, 2009

28 - SAAT TERAKHIR MENEMPUHI UPSR 2009





Hari ini, 8 sept.09 merupakan hari penentuan sebenar kepada murid2 tahun enam kerana bermulanya UPSR yang dinanti-nantikan selama ini oleh mereka di setiap sekolah. UPSR akan menentukan hala tuju mereka. Ke mana selepas ini akan mereka tuju, adakah ke sekolah aliran biasa atau pun mana-mana sekolah pilihan.

Pagi ini murid-murid tahun enam berkumpul di Dewan Sri Gemilang SKMUB sebelum menuju ke dewan peperiksaan. Tn. Hj. Ab. Hadi b. Mat Nor (PK Pentadbiran) dan beberapa guru yang mengajar tahun enam turut menemani dan memberi nasihat serta amanat terakhir.


Bagi semua guru SKMUB ini amat-amat mengharapkan murid tahun enam menghasilkan hasil yang bernas setelah bertungkus-lumus dan berhempas-pulas mengajar dari Januari hingga kini.

Tidak ketinggalan juga ibu bapa dan YDP PIBG SKMUB yang begitu perihatin terhadap kecemerlangan turut serta berada bersama murid-murid bagi memberi sokongan.

"Semoga Semuanya Berjaya Dalam UPSR.....InsyaAllah"

Di saat murid tahun enam menghadapi UPSR, murid-murid lain dari tahun satu hingga lima dibekalkan juga dengan ujian bulanan.






Sunday, September 6, 2009

27 - MAJLIS PENYERAHAN ILMU 2009

Pagi ini satu majlis diadakan khas untuk murid-murid tahun iaitu 'Majlis Penyerahan Ilmu'. Majlis ini lebih bermakna dengan kehadiran dua orang Pegawai Jabatan Pelajaran Kelantan dan YDP PIBG. Dua pegawai tersebut ialah Tn.Hj.Saharuddin b.Abdullah (Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik - matematik) dan En.Mat Daud b. Hj.Yusoff (Penyelia Pelajaran Kanan - Matematik). Manakala YDP PIBG ialah En.Omar b.Junuh.
(Tn.Hj.Ramli b.Mat Daud - GB SKMUB)
(En.Omar b.Junuh - YDP PIBG)
(Tn.Hj.Saharuddin b.Abdullah - Pegawai JPN)

Aturcara majlis ialah;
Nyanyian lagu
Negaraku
Selamat Sultan
SKMUB
Ucapan
Tn.Hj.Ramli b.Mat Daud (GB SKMUB)
En.Omar b.Junuh (YDP PIBG)
Tn.Hj.Saharuddin b.abdullah (Pegawai JPN)
Penyampaian cenderahati dan peralatan oleh En.Mat Daud b.Hj.Yusoff (Pegawai JPN)
Bacaan Ikrar murid tahun enam di pimpin oleh adik Muhammad Nur Azam b. Mohd Azman (Ketua Pengawas).
Majlis bersalam-salaman murid tahun dengan semua guru.

(En.Mat Daud b. Hj.Yusoff - Pegawai JPN)


* Doa kami guru SKMUB, semoga murid tahun enam mendapat kejayaan dengan cemerlang dalam UPSR nanti...InsyaAllah.

* Guru perempuan bukan sekadar bersalam-salaman malah memeluk erat murid-muridnya sambil membisikkan sesuatu...pilu aku melihatnya.

Tuesday, September 1, 2009

26 - PROGRAM AHAD 30 OGOS (c)

c) SEMBAHYANG HAJAT & SOLAT TERAWIH

Selepas berbuka puasa di kantin dan asrama, jemputan solat Maghrib dan diikuti dengan solat hajat. Selepas itu sementara menunggu Isyak, Pegawai PPD kuala Krai (Tn. Hj. Zulkifli b. Mohd Noor) menyampaikan ucapan.


25 - PROGRAM AHAD 30 OGOS (b)

b) MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & BERBUKA PUASA

Bermula jam 6.30am, ibu bapa, guru, PPD dan dif jemputan (GB sek-sek PPD Kuala Krai). Murid-murid tahun 6 juga turut serta dalam majlis tersebut. Majlis diadakan di Dewan Sri Gemilang.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada 8, 9, & 10 Ogos ini. Di samping itu dipanjatkan doa agar terhindar daripada wabak yang sedang menular sekarang ini iaitu 'Selsema Babi' lebih dikenali dengan H1 N1.
Selepas tahlil, para hadirin di jemput ke kantin sekolah bagi muslimin dan muslimat serta pelajar ditempatkan di kantin asrama.

24 - PROGRAM AHAD 30 OGOS (a)

a) KIBAR JALUR GEMILANG/SATU MALAYSIA

Pagi ini satu program telah dilaksanakan oleh pihak SKMUB di Dataran Perhimpunan. Aturcara bermula selepas guru-guru dan semua murid berkumpul. Murid-murid menyanyi lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu Jalur Gemilang. Semua guru dan murid menyanyi dengan penuh semangat menandakan cinta kepada tanah air.

Program diteruskan dengan membaca perutusan. Pn. Wan Maznun bt. Wan Yahya (PK Ko) membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Perutusan kedua dibaca oleh Pn. Rashidah bt. Wan Muda (PK HEM) daripada Perdana Menteri Malaysia dan perutusan terakhir oleh Tn. Hj. Ab. Hadi b. Mat Nor (PK Pentadbiran) daripada Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.



Pn. Wan Maznun bt. Wan Yahya (PK Ko)




Pn. Rashidah bt. Wan Muda (PK HEM)
Tn. Hj. Ab. Hadi b. Mat Nor (PK Pentadbiran)


Akhir sekali ucapan Guru Besar yang menyatakan tentang kemerdekaan.


Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud (GB SKMUB)