Wednesday, April 21, 2010

46 - MESYUARAT AGUNG KALI KE 19, 2010


SELASA, 13 April - SKMUB telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 19. Pukul 2.00ptg. ibu bapa mula membuat pendaftaran di kaunter mengikut kelas anak-anak mereka. Selepas para ibu bapa dan AJK PIBG mengambil tempat, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Zawawi (Tok Pe'ti SKMUB gelaran yg diberikan).
Majlis dimulakan dengan mesyuarat agong, pembentangan, soal jawab dan pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK baru. YDP dan Timbalan dikekalkan atas suara ramai, manakala AJK ada perlantikan baru.
Ketibaan Yg. Mulia Tuan Aziz Bin Tuan Mat, Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Kuala Krai yang dinanti-nanti tiba sebaik sahaja mesyuarat hampir selesai.
Pengacara majlis mula memainkan kata-kata dengan pantun dan seloka membuatkan para hadirin hilang sekejap rasa mengatuk. Gandingan mantap Cikgu Suhaimi dan Ustazah Surita yang sedondong pakaiannya umpama merpati dua sejoli. (Cikgu Zalina, isteri kepada Cikgu Suhaimi tidak cemburu kerana kami warga MUB adalah satu keluarga)
Diakhir majlis diadakan cabutan nombor bertuah. Bayangkan sebanyak 70 hamper disediakan. Gembiralah badan yang bertuah dapat bawa pulang hamper walaupun nilainya tidak seberapa.

















No comments:

Post a Comment