Thursday, April 22, 2010

47 - PERHIMPUNAN MINGGUAN

AHAD, 18 April - Setiap minggu perhimpunan diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini dan motivasi kepada semua murid. Tak lupa juga guru memperingatkan tentang disiplin dan peraturan sekolah.
Diakhir perhimpunan diselitkan dengan penyampaian cerita oleh seorang murid Tahun 4B itu adik Nor Afiqah bt. Mohd Sadli. Cerita yang disampaikan berkisar para sahabat. Ini merupakan satu aktiviti Persatuan Agama Islam. Tahniah adik Nor Afiqah bt. Mohd Sadli yang berani mencuba. Diharapkan murid-murid lain akan berani mencuba untuk sebarang aktiviti yang dianjurkan.










Tak lupa juga Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Pn. Gladys @ Farhana mengumumkan pemenang hasil pertandingan mewarna yang dijalankan minggu lepas. Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud Guru Besar SKMUB telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.















Penyampaian sijil dan medal kepada 4 pemain ragbi U12 yang mewakili dalam Kejohanan Ragbi MSSK pada 14 & 15 April bertempat di Padang SK. Tok Bak, Machang. MSSD Kuala Krai mendapat tempat ke empat dalam kejohanan tersebut. Walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada pemaian SKMUB. Mereka ialah ;
1. Mohamad Khairul Amin b. Kamaruddin
2. Mohamad Ridzuan b. Abdul Samad
3. Mohamad Aidil Haikal b. Azwan
4. Mohamad Norsyaukifuzauddin b. Ab. Karim

No comments:

Post a Comment