Thursday, September 17, 2009

29 - SAMBUTAN MAJLIS IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN

Pagi kelmarin, 16 September. Panitia Agama Islam telah menjayakan majlis 'Ihya Ramadhan' dan 'Khatam Al-Quran'. Majlis ini bermula jam 8.30pg. apabila jemputan dari PPD Kuala Krai tiba.
Perarakan membawa bunga mangar dan bunga telur bagi mengiringi Pn. Norhayati bt. Muhamad Penyelia J-Qaf PPD Kuala Krai ke Dewan Sri Gemilang SKMUB.
Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Us. Abdullah Zawawi b. Yatim. Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud Guru Besar SKMUB memulakan ucapan alu-aluan. Dalam ucapan, beliau menyentuh tentang kelebihan di bulan Ramadhan dan ganjaran pahala. Perasmian disempurnakan oleh Pn. Norhayati bt. Muhamad Penyelia J-Qaf PPD Kuala Krai.
Majlis diteruskan dengan hafazan Al-Quran oleh murid-murid tahap satu dan dua. Kemudian majlis khatam Al-Quran yang diketuai oleh Us. Zulkifli b. Mamat. Guru Besar dan PK Pentadbiran juga ikut serta menjadi guru Quran. Seramai 30 peserta Khatam Al-Quran terdiri daripada murid tahun 4, 5 , dan 6.
Murid-murid miskin juga tidak dilupakan. Dalam majlis ini pembahagian zakat telah diagihkan kepada mereka yang miskin. Sumber kewangan daripada sumbangan warga SKMUB, murid-murid, dan orang-orang tertentu.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment