Saturday, August 14, 2010

Program Mesra ICT Penyelaras GITN dan Fasilitator SchoolNet

SKMUB telah menjadi tuan rumah bagi Program Mesra ICT Penyelaras GITN dan Fasilitator SchoolNet anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai. Program berjalan selama 3 hari mulai 1 Ogos hingga 3 Ogos 2010. Program diadakan di Makmal Komputer SKMUB. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Radhi, Ketua Pegawai ICT, PPD Kuala Krai. Turut serta Fasilitator SchoolNet SKMUB, Nor Harziy bt Zakaria@Zainuddin bersama 19 Fasilitator SchoolNet dari seluruh daerah Kuala Krai. Seramai 4 orang Penyelaras GITN, 2 orang GITN serta 3 orang Juruteknik yang dijemput untuk memberi ceramah mengikut slot yang telah ditetapkan. Beberapa slot program tersebut termasuklah ‘PC Assemble’ dan ‘PC Maintenance’,Pembinaan Website dan Graphic Editing.

No comments:

Post a Comment