Sunday, October 4, 2009

31 - KEM 1 MALAYSIA Krai

28 Sept. - 01 Okt. merupakan tarikh yang dinantikan oleh 15 murid SKMUB dan seorang guru pengiring (itu ana lah......) bagi menyertai Kem 1 Malaysia di Pulau Beluru, Tumpat anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai PPDKK dengan kerja sama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Kelantan.

Sebanyak 20 buah sekolah terpilih menyertai kem tersebut dan 15 orang murid bagi setiap sekolah dan seorang guru pengiring. Semua murid dan guru mula berkumpul di dataran PPDKK sejak jam 8.30 pg.

Pagi tersebut taklimat kem & pembahagian kumpulan disampaikan oleh JU dari Pusat Ko Tangok. Bas mula bertolak ke destinasi jam 11.30am (itupun baru 3 buah yang sampai....5 buah lagi belum tiba). Bas sampai di Pengkalan Tok Majid (jeti untuk ke Pulau Beluru) jam 1.30 pm. Peserta dipunggah dengan bot yang boleh dinaiki 15 hingga 25 penumpang (bergantung saiz bot). Perjalanan mengambil masa selama 10 hingga 15 minit untuk sampai.

Satu pengalaman yang baru bagi setengah murid yang tidak pernah menaiki bot. Kelihatan rauk wajah yang takut...senyum pun tak mahu, maklumlah airnya tidak begitu cetek. Perasaan takut peserta menjadi lega sedikit apabila dapat melihat Jeti Sekolah Pulau Beluru semakin hampir...hampir...dan sampai.

Taklimat disampaikan oleh ketua JU sebelum peserta kem dibenarkan masuk ke asrama. Para peserta dilatih menepati masa untuk solat berjemaah, makan, dan menjalankan sebarang aktiviti.

Peserta akan diajar cara memasang dan melipat khemah.
Hari kedua peserta di bawa melawat ke Pengkalan Kubur dan mercu tanda di pertengahan perjalanan.

Sebelah petang JU & Guru Pengiring mengarahkan semua peserta berlindung dalam dom kerana melihat keadaan angin mula bertiup kencang. 20 khemah yang telah siap dipasang untuk menempatkan 100 peserta telah berterbangan di tiup angin. Alhamdulillah semua peserta kem selamat daripada bencana ribut.

Hari ke tiga peserta dipertontonkan dengan tarian tiga kebudayaan, Melayu, Cina, & India. Peserta setiap kumpulan akan diberi tugasan untuk menari pada malam kebudayaan nanti.
Hari terakhir semua JU, Guru Pengiring dan peserta bersiap sedia untuk perasmian penutup yang akan disempurnakan oleh Tn. Hj. Zulkifli bin Mohd Noor, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai.

Peserta dibenarkan pulang jam 11.00 pagi. Tapi oleh kerana 10 orang peserta telah di bawa ke Klinik Sungai Pinang disebabkan demam, maka peserta dimaklumkan oleh pihak klinik supaya keberangkatan pulang ditangguhkan sehingga mereka datang untuk buat pemeriksaan. 10 peserta tadi adalah saspek H1N1.

Jam 1 tengah hari barulah peserta dibenarkan pulang selepas dibuat pemeriksaan. Pada mulanya tergambar wajah kekecewaan tapi bertukar gembira bila selesai pemeriksaan.Semua peserta di bawa pulang ke perkarangan PPD Kuala Krai dengan selamatnya.
(Para peserta menaiki bot ke Pulau Beluru, Tumpat)

(Wajah ketakutan peserta berada atas bot bersama serang guru)

(Salah satu permainan yang semasa Kem 1 Malaysia - Cari Harta)

(Guru pengiring mendendangkan lagu hari raya sempena
Sambutan HariRaya Peringkat Sekolah, SK. Pulau Beluru)

(Persembahan Kebudayaan oleh salah satu kumpulan peserta pada malam Kebudayaan)

(Tn.Hj.Zulkifli b.Mohd Noor Pegawai PPD Kuala Krai)

No comments:

Post a Comment