Sunday, April 4, 2010

42 - KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA KRAI 2010

PK Ko (Pn. Siti Rabieyah) mengumumkan peserta yg berjaya
membawa pulang Pingat Gangsa untuk SKMUB



AHAD, 04 April - Semasa majlis perhimpunan pagi ini diselit dengan penyampaian hadiah kepada seorang murid yang berjaya mendapat Pingat Gangsa dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Krai yang berlangsung pada 23, 24, & 25 Mac 2010 baru-baru ini di padang SM Teknik Kuala Krai.
Murid tersebut ialah Riduan Ab Samat dari sekolah ini yang berjaya menggondol pingat tersebut. SKMUB menurunkan lapan orang peserta bagi mewakili Zon 6.
Tahniah kepada adik Riduan yang telah berjaya membawa pulang pingat.



Guru Besar menyampaikan sijil & medal

Monday, March 22, 2010

41 - SUKAN TAHUNAN SKMUB KALI KE 12 2010

Temasya sukan tahunan skmub sesi 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 9 hingga 10 mac 2010. Kemeriahan temasya sukan kali ini dapat dirasai oelh semua warga sekolah..Kerjasama dan semangat kesukanan dapat dilihat oleh semua warga sekolah tidak kira sama ada guru atau murid, mahupun kakitangan sokongan apabila masing-masing turun padang memberi sokongan yang jitu disepanjang sukan berlangsung. Ibubapa juga turut hadir untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Ada yang turut serta menyertai beberapa acara sukaneka yang dibuka kepada pegawai dan ibubapa. Setiap ahli pasukan bersemangat memberi sokongan kepada ahli pasukan. Johan keseluruhan Sukan Tahunan SKMUB kali ke 12 2010 dimenangi oleh Rumah Waja.




Sunday, February 21, 2010

40 - PENYAMPAIAN SIJIL BOLA JARING

RABU, 17 Feb - Kejohanan Bola Jaring MSSK Kuala Krai Peringkat Zon 6, 2010 telah bertarung di padang Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru. Sebanyak empat buah sekolah yang hadir dalam pertarungan itu.
SK. Manek Urai Baru menjadi tuan punya rumah gelanggang pertarungan dan disertai oleh SK. Peria, SK. Pahi, SK. Pemberian. Minta maaf la ye... tuan rumah yang menang.
Yang nak diceritakan di sini hari penyampaian sijil kepada pemain tuan rumah yang menang. Bukan nak bangga diri dan sohor dapat juara... cuma bersyukur berkat kesungguhan juruletih yang melatihnya.(gambar tak sempat ambil)
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud Guru Besar SKMUB kepada pemain semasa perhimpunan hari Ahad 21 FEB.

Tuesday, January 19, 2010

39 - MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2010

ISNIN 18 JAN.- Mesyuarat Panitia BM telah diadakan jam 1.30 ptg. Turut hadir dalam mesyaurat ini ialah Tn. Hj. Ab. Hadi b. Mat Nor, Penolong Kanan Pentadbiran. Panitia BM ini dipengerusikan oleh En. Ismawandi b. Ismail guru BM tahun enam merangkap guru kaunseling SKMUB.
Banyak agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini. Ini kerana En. Ismawandi adalah pengerusi baru yang menggantikan En. Muhammad Mustapha yang telah bertukar sekolah. Semoga Panitia BM akan menjadi satu panitia yang unggul dengan penampilan pengerusi yang begitu hebat.



Mesyuarat sambil minum petang


Wednesday, January 13, 2010

38 - MAJLIS PELANCARAN GEMILANG UPSR 2010 & SOLAT HAJAT PERDANA

Pengerusi majlis, En. Ismawandi b. Ismail

RABU, 13 Jan. SKMUB telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Gemilang UPSR 2010 dan Solat Hajat Perdana. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh En. Ramali b Deraman, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai, Pengurusan Kemanusiaan selaku Penghulu bagi SKMUB.Ini
merupakan majlis yang pertama dalam PPD Kuala Krai.
Solat Hajat Perdana pula diimamkan oleh Tuan Imam Masjid Manek Urai Baru bertujuan untuk memohon supaya murid2 tahun 6 akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang berbanding tahun2 lepas... InsyaAllah. Dalam majlis ini semua ibu bapa murid tahun 6 serta murid2 ikut sama bermohon kepada Allah untuk kejayaan.
YDP PIBG SKMUB turut berucap dalam majlis ini, yang mana beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ibu dan bapa yang sedia meluangkan masa bersama-sama menghadirkan diri untuk majlis ini demi kejayaan anak-anak.
Tn. Hj. Ramli b Mat Daud, GB SKMUB menyatakan dalam ucapannya bahawa guru2 di sini adalah tenaga muda yang sanggup berjuang demi masa depan anak didiknya. Terima kasih...cikgu.

Perasmian oleh : En. Ramali b. Deraman

Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Kemanusiaan

PPD Kuala Krai ( Penghulu SKMUB )

Penyampaian cenderahati kepada guru tahun enam


Para ibu bapa, guru & murid (Majlis Solat Hajat)

Saturday, January 2, 2010

37-HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

BACK TO SCHOOL!!

Murid-murid : Selamat Pagi Cikgu!
Cikgu : Selamat Pagi...

Inilah kata-kata hari pertama persekolahan. Tanggal 3 januari 2010 merupakan hari pertama persekolahan bagi murid-murid SKMUB. Selamat kembali ke SKMUB kepada murid-murid SKMUB. Bagi murid-murid lama janganlah liat-liat datang sekolah dan buat-buat lupa ya...al maklumlah..sudah sebulan lebih bercuti.Bagi murid-murid baru terutamanya pra sekolah dan tahun 1,selamat datang ke SKMUB.

Pelbagai ragam dapat dilihat seawal pagi lagi..ada yang tersenyum, ada yang monyok, ada yang takut dan ada pula yang menangis. Senario ini menjadi kebiasaan pada hari pertama persekolahan terutamanya bagi murid-murid pra sekolah dan tahun 1. Kelihatan juga ibu bapa tersenyum melihat telatah anak-anak yang memulakan alam persekolahan..Malah ada ibu bapa yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menghantar dan menemani anak-anak ke sekolah.

Keghairahan dan kemeriahan di hari pertama persekolahan SKMUB sesungguhnya merupakan senario yang amat menarik. Semoga di tahun baru 2010 ini..murid-murid dapat membina semangat dan azam baru untuk mencapai kecemerlangan di SKMUB.

Saturday, December 12, 2009

36 - PENGUMUMAN & PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR 2009

Khamis 19 Nov - Satu perhimpunan khas telah diadakan di Dewan Sri Gemilang SKMUB sempena mengumumkan keputusan UPSR yang baru di terima. Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG SKMUB dan para ibu bapa.

Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud, Guru Besar SKMUB telah mengumumkan keputusan yang mengembirakan kepada semua guru terutama guru-guru tahun enam dan lebih mengembirakan lagi kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang. Peratusan mendapat 5A melebihi 100%. Tahun 2008 seramai 3 orang mendapat 5A, manakala tahun ini seramai 7 orang yang mendapat 5A. Empat orang mendapat 4A 1B. Murid-murid yang mendapat 5A dan 4A 1B telah diberi hadiah berupa wang dan hamper.

Dalam majlis ini Guru Besar dan YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas yang mana beliau mengucapkan syabas kepada murid-murid yang cemerlang. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar.



Tn.Hj.Ramli b.Mat Daud (GB SKMUB)

menyampaikan ucapan serta mengumumkan keputusan UPSR 2009



Penyampaian hadiah kepada murid 5A


YDP PIBG, GB, PKP, PK HEM, PK KO & barisan murid 5A



Barisan murid mendapat 5A UPSR 2009


Murid Asrama 5A dan Pentadbir