Thursday, April 29, 2010

49 - MAJLIS KESYUKURAN, MOTIVASI KEIBUBAPAAN & MAULUDUR RASUL 2010
























SELASA, 27 April - SKMUB telah mengadakan satu majlis perdana 3 in 1. Malam Selasa warga sekolah dan ibu bapa telah membuat persiapan untuk memasak. Cadangan malam tersebut seekor kerbau akan ditumbangkan. Entah macam mana kerbau tidak dapat, lembu juga jadi mangsa. Pun bagaimana walau lembu...lembulah, asalkan warga sekolah dan ibu bapa dapat menikmatinya...

Woi... marilah ramai-ramai tolong siang daging ni... YDP PIBG SKMUB sedang memasak gulai kawah

Para ibu dan bapa tengah khusuk mendengar ucapan.



Ustaz Abdullah Zawawi memulakan majlis dengan membaca doa, kemudian ucapan aluan tuan Guru Besar secara ringkas, dan En Ramali dari PPD KK. Perasmian disempurnakan oleh
En Mohd Daud b. Abu Yazid Pegawai Pembangunan Persekutuan Cawangan Kuala Krai. Beliau menyentuh tentang kepentingan pendidikan dan juga perbandingan pendidikan luar negara.


En. Mohd Daud b. Abu Yazid (Pegawai Pembangunan Persekutuan
cawangan Kuala Krai)
En. M0hd Daud b. Abu Yazid menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

Barisan murid cemerlang dan target bersama Penceramah Motivasi dan Pegawai JPP


Ceramah motivasi disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Termizi b. Hj. Musa Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kelantan. Beliau menyatakan kedatangan para ibu dan bapa adalah untuk berbincang tentang anak-anak bukan sekadar untuk makan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Dalam ceramahnya lagi, beliau telah menjelaskan harapan ibu bapa terhadap anak-anak iaitu menginginkan anak yang soleh bukan yang toleh, anak yang disayangi oleh semua orang baik di sekolah mahupun di mana sahaja dan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Penjelasan yang disampaikan oleh penceramah membuatkan para ibu dan bapa serta murid-murid terdiam dan mengamati sedalam-dalamnya ceramah yang di dengar. Mungkinkah menimbulkan keinsafan...atau sekadar mencurah air ke daun keladi...tepuk dada tanya selera masing-masing. Bagi mereka yang mengamati dengan penuh khusuk tentulah akan membuat perubahan kepada keluarganya.
Anak-anak di tahap sekolah rendah ini masih boleh lagi dibentuk sebagaimana rebun yang boleh dilentur. Beliau mengingat ibu bapa supaya sentiasa memantau keadaan anak-anak semasa di rumah dan jangan biarkan tak terkawal kerana peratusan paling tinggi melibatkan dadah, buang bayi, merepit dan lain-lain adalah orang Melayu.

Jamuan selepas Majlis Motivasi di Kantin Asrama
Mengakhiri majlis, dif, ibu bapa dan hadirin di jemput untuk menjamu selera.

48 - PERTANDINGAN KO AKADEMIK BAHASA 2010

AHAD, 25 April - Satu lagi program diadakan di SKMUB iaitu Pertandingan KoAkademik Bahasa Zon 6 PPD Kuala Krai. Penyertaan sekolah Zon 6 terdiri daripada ;
1. SK. Manek Urai Baru
2. SK. Manek Urai Lama
3. SK. Pemberian
4. SK. Karangan
5. SK. Peria

Pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris daripada Tahap 1 & Tahap 2. Setiap sekolah telah menghantar 4 orang peserta untuk kedua tahap. Setelah berentap kesemua peserta kurang lebih 2 jam di pentas, sementara menunggu keputusan para hakim yang arif lagi bijaksana untuk menentukan pemenang, peserta dan guru pengiring dijemput untuk mengalas perut di kantin asrama.

Keputusan yang dinanti-nantikan akan diumumkan oleh pengacara majlis Pn. Gladys a/p Lingai @ Farhana.
Keputusan bercerita tahap 1;
Tempat pertama - Nik Norliza - SK Karangan
Ke dua - Isminyanti - SK Manek Urai Baru
Ke tiga - Nik Nor Atikah - SK Pemberian
Keputusan bercerita tahap2;
Pertama - Ain Nor Maisarah - SK Karangan
Ke dua - Mohamad Adib - SK Manek Urai Baru
Ke tiga - Nor Adibah - (maaf lupa sek)
Keputusan Story Telling(L)
Pertama - Muhammad Ammar - SK Peria
Kedua - Md. Qawiem Al Rifaie - SK Manek Urai Lama
Keputusan Story Telling(P);
Pertama - Siti Mahirah - SK Peria
Kedua - Aida Syafiqah - SK Manek Urai Lama

Thursday, April 22, 2010

47 - PERHIMPUNAN MINGGUAN

AHAD, 18 April - Setiap minggu perhimpunan diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini dan motivasi kepada semua murid. Tak lupa juga guru memperingatkan tentang disiplin dan peraturan sekolah.
Diakhir perhimpunan diselitkan dengan penyampaian cerita oleh seorang murid Tahun 4B itu adik Nor Afiqah bt. Mohd Sadli. Cerita yang disampaikan berkisar para sahabat. Ini merupakan satu aktiviti Persatuan Agama Islam. Tahniah adik Nor Afiqah bt. Mohd Sadli yang berani mencuba. Diharapkan murid-murid lain akan berani mencuba untuk sebarang aktiviti yang dianjurkan.










Tak lupa juga Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Pn. Gladys @ Farhana mengumumkan pemenang hasil pertandingan mewarna yang dijalankan minggu lepas. Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud Guru Besar SKMUB telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.















Penyampaian sijil dan medal kepada 4 pemain ragbi U12 yang mewakili dalam Kejohanan Ragbi MSSK pada 14 & 15 April bertempat di Padang SK. Tok Bak, Machang. MSSD Kuala Krai mendapat tempat ke empat dalam kejohanan tersebut. Walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada pemaian SKMUB. Mereka ialah ;
1. Mohamad Khairul Amin b. Kamaruddin
2. Mohamad Ridzuan b. Abdul Samad
3. Mohamad Aidil Haikal b. Azwan
4. Mohamad Norsyaukifuzauddin b. Ab. Karim

Wednesday, April 21, 2010

46 - MESYUARAT AGUNG KALI KE 19, 2010


SELASA, 13 April - SKMUB telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 19. Pukul 2.00ptg. ibu bapa mula membuat pendaftaran di kaunter mengikut kelas anak-anak mereka. Selepas para ibu bapa dan AJK PIBG mengambil tempat, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Zawawi (Tok Pe'ti SKMUB gelaran yg diberikan).
Majlis dimulakan dengan mesyuarat agong, pembentangan, soal jawab dan pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK baru. YDP dan Timbalan dikekalkan atas suara ramai, manakala AJK ada perlantikan baru.
Ketibaan Yg. Mulia Tuan Aziz Bin Tuan Mat, Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Kuala Krai yang dinanti-nanti tiba sebaik sahaja mesyuarat hampir selesai.
Pengacara majlis mula memainkan kata-kata dengan pantun dan seloka membuatkan para hadirin hilang sekejap rasa mengatuk. Gandingan mantap Cikgu Suhaimi dan Ustazah Surita yang sedondong pakaiannya umpama merpati dua sejoli. (Cikgu Zalina, isteri kepada Cikgu Suhaimi tidak cemburu kerana kami warga MUB adalah satu keluarga)
Diakhir majlis diadakan cabutan nombor bertuah. Bayangkan sebanyak 70 hamper disediakan. Gembiralah badan yang bertuah dapat bawa pulang hamper walaupun nilainya tidak seberapa.

















Thursday, April 15, 2010

45 - MAJLIS PELANCARAN PRORAM ANAK ANGKAT

AHAD, 11 April - Satu majlis ringkas diadakan selepas perhimpunan iaitu Pelancaran Program Anak Angkat murid-murid tahun enam. Dua hingga tiga murid akan diserahkan kepada setiap guru untuk dijadikan anak angkat. Guru terbabit akan sentiasa memantau anak angkatnya bagi memastikan dalam UPSR nanti akan berjaya.
Ini merupakan satu program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan murid tahun enam yang bakal menduduki UPSR nanti.










Thursday, April 8, 2010

44 - PERTANDINGAN MEWARNA

ISNIN, 5 April - Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Seni Visual menganjurkan pertandingan mewarna peringkat sekolah. Pertandingan ini merupakan perancangan aktiviti tahunan PSS & PSV.
Pertandingan ini diadakan di Dewan Sri Gemilang SKMUB bagi murid Prasekolah dan Tahap Satu, manakala murid Tahap Dua diadakan dalam kelas masing2.
Penyelaras PSS, Pn Farhana menyatakan hadiah disediakan untuk tempat pertama, kedua & ketiga dan juga sepuluh hadiah saguhati bagi setiap tahun. Para pemenang akan diumumkan dan penyampaian hadiah pada hari Ahad 11 April dalam majlis perhimpunan depan.



Sunday, April 4, 2010

43 - PENYAMPAIAN HADIAH UBB 1, 2010

AHAD, 04 April - Dalam majlis perhimpunan hari ini juga diadakan Penyampaian Hadiah kepada murid-murid tahun satu hingga enam yang cemerlang dalam UBB 1 pada Februari lepas. Tidak ketinggalan juga hadiah kepada murid tahun enam yang mendapat A dalam mata pelajaran.
UBB 1 yang lepas terdapat dua murid yang mendapat 3A 2B iaitu Mohamad Hilmi Amin b. Hazaman dan Nur Fasihah bt. Sapardi dari kelas Enam Bestari.
InsyaAllah UBB 2 nanti murid tahun enam akan lebih ramai dapat cemerlang.





42 - KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA KRAI 2010

PK Ko (Pn. Siti Rabieyah) mengumumkan peserta yg berjaya
membawa pulang Pingat Gangsa untuk SKMUB



AHAD, 04 April - Semasa majlis perhimpunan pagi ini diselit dengan penyampaian hadiah kepada seorang murid yang berjaya mendapat Pingat Gangsa dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Krai yang berlangsung pada 23, 24, & 25 Mac 2010 baru-baru ini di padang SM Teknik Kuala Krai.
Murid tersebut ialah Riduan Ab Samat dari sekolah ini yang berjaya menggondol pingat tersebut. SKMUB menurunkan lapan orang peserta bagi mewakili Zon 6.
Tahniah kepada adik Riduan yang telah berjaya membawa pulang pingat.



Guru Besar menyampaikan sijil & medal