Monday, July 5, 2010

54 - Karnival Kesenian Sekolah-sekolah Menengah & Rendah Peringkat Negeri Kelantan

Semalam ( 5hb Julai 2010,Isnin) telah berlangsung dengan jayanya Karnival Kesenian Sekolah-sekolah Menengah & Rendah Peringkat Negeri Kelantan anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu. Perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Tn Haji Hussain Bin Awang,Pengarah Pelajaran Kelantan. Bidang dan kategori yang dipertandingkan adalah Dikir Barat, Sketsa,Bintang Kecil,Bintang Irama Malaysia/Asli,Congkak dan Batu Seremban.
Sekolah Kebangsaan Manek Urai baru tidak ketinggalan menyertai Kategori Sketsa dengan mempertaruhkan Sketsa yang bertajuk KOTA IDAMAN 13 SEMPADAN . Sekolah kami telah menghantar seramai 10 orang murid yang berbakat di bawah bimbingan arahan skrip dan lakonan oleh Syed Mohd Khusyairi bin Syed Yaakob. 6 orang murid kami telah memegang watak di dalam sketsa KOTA IDAMAN 13 SEMPADAN. Turut hadir memberi sokongan padu Guru Besar kami, Tn. Hj. Ramli bin Mat Daud. 3 orang guru pengiring yang hadir ialah Pn. Siti Rabieyah bt Ali (PKKO SKMUB), En. Suhaimi bin Zakaria dan En. Ahmad Zamani bin Ismail serta 2 orang kakitangan sokongan, Nor harziy bt Zakaria@Zainuddin(Peg. Fasilitator Schoolnet) dan Noraihan bt Othman(PPM). Berkat kesungguhan murid-murid kami serta tenaga pengajar, Alhamdulillah...SKMUB telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Sekolah Rendah. Murid-murid pulang dengan trofi kemenangan dengan gembira. Sila lah tatap beberapa keping gambar yang sempat di ambil sepanjang acara berlangsung.











gambar seterusnya menyusul kemudian...