Saturday, December 12, 2009

36 - PENGUMUMAN & PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR 2009

Khamis 19 Nov - Satu perhimpunan khas telah diadakan di Dewan Sri Gemilang SKMUB sempena mengumumkan keputusan UPSR yang baru di terima. Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG SKMUB dan para ibu bapa.

Tn. Hj. Ramli b. Mat Daud, Guru Besar SKMUB telah mengumumkan keputusan yang mengembirakan kepada semua guru terutama guru-guru tahun enam dan lebih mengembirakan lagi kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang. Peratusan mendapat 5A melebihi 100%. Tahun 2008 seramai 3 orang mendapat 5A, manakala tahun ini seramai 7 orang yang mendapat 5A. Empat orang mendapat 4A 1B. Murid-murid yang mendapat 5A dan 4A 1B telah diberi hadiah berupa wang dan hamper.

Dalam majlis ini Guru Besar dan YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas yang mana beliau mengucapkan syabas kepada murid-murid yang cemerlang. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar.



Tn.Hj.Ramli b.Mat Daud (GB SKMUB)

menyampaikan ucapan serta mengumumkan keputusan UPSR 2009



Penyampaian hadiah kepada murid 5A


YDP PIBG, GB, PKP, PK HEM, PK KO & barisan murid 5A



Barisan murid mendapat 5A UPSR 2009


Murid Asrama 5A dan Pentadbir


Tuesday, November 10, 2009

35 - MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH 2009

11 NOV. - Pagi ini telah disempurnakan satu majlis untuk kanak-kanak pra sekolah iaitu penyampain sijil tamat pengajian pra(graduasi). Perasmian telah disempurnakan oleh
En. Omar bin Junuh YDP PIBG SKMUB. Ibu bapa kanak-kanak pra juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Kanak-kanak pra telah mempersembahkan tarian yang begitu mengasyikkan para ibu bapa yang hadir. Tarian kanak-kanak pra telah dilatih oleh Cikgu Ahmad Zamani bin Ismail, guru muzik SKMUB.

Penyampaian sijil yang disempurnakan oleh YDP PIBG





Persembahan murid-murid Prasekolah

Murid-murid Prasekolah bersama guru pengasuh

Sunday, November 1, 2009

34 - PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

KHAMIS, 29 Okt.- Selepas tengah hari menjamu selera di Restoran Damai, guru-guru bersiap-sedia pula dengan satu lagi program sekolah iaitu perkhemahan.
Seramai 30 orang daripada setiap unit uniform terpilih untuk mengikuti perkhemahan tersebut. Unit uniform ini terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah, dan Persatuan Puteri Islam Malaysia.
Bermula pukul 3.30, sesi pendaftaran dan diikuti dengan mendirikan khemah dalam kawasan yang telah disediakan...bersambung lagi.

33 - JAMUAN GURU

KHAMIS, 29 Okt. Semua guru, kaki tangan sekolah dan asrama menjamu selera di Restoran Damai, Kuala Krai jam 1.00 tgh. hari. Jamuan ini diadakan sempena meraikan guru-guru yang telah bertukar. Turut di jemput bersama dalam majlis ini ialah pegawai daripada PPD Kuala Krai.
Guru Besar dan Pegawai PPD Kuala Krai telah menyampaikan ucapan ringkas. Maklumlah makanan telah lama terhidang dan aroma daripada makanan menusuk lubang hidung semua hadirin menyebabkan tidak sabar lagi untuk makan.
Terima kasih kepada orang yang telah menaja jamuan guru ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada hamba Allah tersebut....Insya-Allah.

Friday, October 16, 2009

32 - PENYAMPAIAN SIJIL

AHAD,4 Okt. - Semasa perhimpunan mingguan diselitkan juga dengan penyampaian sijil kepada guru pengiring(akulah tu...) dan murid yang mengikuti Kem 1 Malaysia di Kem Pulau Beluru, Tumpat pada Isnin hingga Khamis lepas. Alhamdulillah murid SKMUB terselamat daripada wabak H1N1 yang terkena kepada beberapa murid lain semasa kem tersebut.

Sunday, October 4, 2009

31 - KEM 1 MALAYSIA Krai

28 Sept. - 01 Okt. merupakan tarikh yang dinantikan oleh 15 murid SKMUB dan seorang guru pengiring (itu ana lah......) bagi menyertai Kem 1 Malaysia di Pulau Beluru, Tumpat anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai PPDKK dengan kerja sama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Kelantan.

Sebanyak 20 buah sekolah terpilih menyertai kem tersebut dan 15 orang murid bagi setiap sekolah dan seorang guru pengiring. Semua murid dan guru mula berkumpul di dataran PPDKK sejak jam 8.30 pg.

Pagi tersebut taklimat kem & pembahagian kumpulan disampaikan oleh JU dari Pusat Ko Tangok. Bas mula bertolak ke destinasi jam 11.30am (itupun baru 3 buah yang sampai....5 buah lagi belum tiba). Bas sampai di Pengkalan Tok Majid (jeti untuk ke Pulau Beluru) jam 1.30 pm. Peserta dipunggah dengan bot yang boleh dinaiki 15 hingga 25 penumpang (bergantung saiz bot). Perjalanan mengambil masa selama 10 hingga 15 minit untuk sampai.

Satu pengalaman yang baru bagi setengah murid yang tidak pernah menaiki bot. Kelihatan rauk wajah yang takut...senyum pun tak mahu, maklumlah airnya tidak begitu cetek. Perasaan takut peserta menjadi lega sedikit apabila dapat melihat Jeti Sekolah Pulau Beluru semakin hampir...hampir...dan sampai.

Taklimat disampaikan oleh ketua JU sebelum peserta kem dibenarkan masuk ke asrama. Para peserta dilatih menepati masa untuk solat berjemaah, makan, dan menjalankan sebarang aktiviti.

Peserta akan diajar cara memasang dan melipat khemah.
Hari kedua peserta di bawa melawat ke Pengkalan Kubur dan mercu tanda di pertengahan perjalanan.

Sebelah petang JU & Guru Pengiring mengarahkan semua peserta berlindung dalam dom kerana melihat keadaan angin mula bertiup kencang. 20 khemah yang telah siap dipasang untuk menempatkan 100 peserta telah berterbangan di tiup angin. Alhamdulillah semua peserta kem selamat daripada bencana ribut.

Hari ke tiga peserta dipertontonkan dengan tarian tiga kebudayaan, Melayu, Cina, & India. Peserta setiap kumpulan akan diberi tugasan untuk menari pada malam kebudayaan nanti.
Hari terakhir semua JU, Guru Pengiring dan peserta bersiap sedia untuk perasmian penutup yang akan disempurnakan oleh Tn. Hj. Zulkifli bin Mohd Noor, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai.

Peserta dibenarkan pulang jam 11.00 pagi. Tapi oleh kerana 10 orang peserta telah di bawa ke Klinik Sungai Pinang disebabkan demam, maka peserta dimaklumkan oleh pihak klinik supaya keberangkatan pulang ditangguhkan sehingga mereka datang untuk buat pemeriksaan. 10 peserta tadi adalah saspek H1N1.

Jam 1 tengah hari barulah peserta dibenarkan pulang selepas dibuat pemeriksaan. Pada mulanya tergambar wajah kekecewaan tapi bertukar gembira bila selesai pemeriksaan.Semua peserta di bawa pulang ke perkarangan PPD Kuala Krai dengan selamatnya.
(Para peserta menaiki bot ke Pulau Beluru, Tumpat)

(Wajah ketakutan peserta berada atas bot bersama serang guru)

(Salah satu permainan yang semasa Kem 1 Malaysia - Cari Harta)

(Guru pengiring mendendangkan lagu hari raya sempena
Sambutan HariRaya Peringkat Sekolah, SK. Pulau Beluru)

(Persembahan Kebudayaan oleh salah satu kumpulan peserta pada malam Kebudayaan)

(Tn.Hj.Zulkifli b.Mohd Noor Pegawai PPD Kuala Krai)

30 - SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

30hb Ogos 2009 yang lepas, dengan kerjasama semua pihak termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri berjaya dilaksanakan dengan jayanya..dengan bertemakan pakaian tradidional hari raya, semua yang terlibat kelihatan sungguh ceria, cantik dan tampan mengenakan pakaian raya masing-masing. Matlamat SKMUB untuk melahirkan generasi Malaysia yang memiliki jiwa semangat muhibah dapat diperlihatkan sepanjang majlis ini diadakan apabila semua guru,kakitangan dan murid memberikan kerjasama yang amat baik.