Tuesday, August 25, 2009
23 - Bulan Ramdhan,Beramal Soleh & Berpuasa
Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.
Thursday, August 20, 2009
22 - KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
Satu lagi kursus berjaya dianjurkan oleh pihak SKMUB kepada semua guru pada 18 Ogos 2009. Kursus ini disampaikan oleh Cik Harziy bt. Zakaria@Zainuddin di dalam makmal komputer sekolah. Tajuk yang disampaikan oleh beliau ialah "Penggunaan Email dan Blog".
Selepas makan tengah hari, guru-guru mula bergerak ke makmal komputer. Guru-guru didedahkan bagaimana untuk membuat akaun email dan seterusnya menghantarkan kepada rakan guru yang lain. Guru juga didedahkan kepada blog sekolah dan bagaimana ianya dibuat.
Nampaknya selepas kursus diberikan, guru sudah boleh memanfaatkan ilmu tersebut. Macam-macam email yang dihantar kepada rakan.... Diharapkan agar semua guru tidak mematikan dan membiarkan ianya terkubur begitu saje...boleh tak?
Monday, August 17, 2009
21 - KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
Satu lagi kursus telah diadakan kepada semua guru SKMUB. Kursus ini dijalankan pada petang kelmarin bertempat di makmal komputer sekolah. Ceramah disampaikan oleh En. Wan Faiful Irzuan b. Wan Mohamad, juruteknik makmal komputer SKMUB. Tajuk yang disampaikan oleh beliau ialah "Pengenalan Komputer dan Perisiannya". Kursus ini bermula 1.30ptg. hingga 3.30ptg.
Para guru diperkenalkan dengan komputer dan perisiannya. Yang menariknya dalam kursus ini guru-guru dapat mengetahui apa saja tentang penggunaan dan masalah tentang komputer. Walaupu masa yang diperuntukkan amat singkat namun guru-guru dapat memanfaatkan masa tersebut.
Friday, August 14, 2009
20 - KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
Hari ini 15 Ogos 2009 satu kursus diadakan kepada semua guru SKMUB. Kursus ini diadakan di makmal komputer sekolah. Ceramah pertama disampaikan oleh En. Mohd Nawi b. Deris, Guru Besar SK. Banggol Guchil, Kuala Krai. Tajuk ceramahnya "PENDEDAHAN KE ARAH PENINGKATAN AKADEMIK" bertujuan memberi pendedahan kepada semua guru bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Ceramah kedua disampaikan oleh Tn. Hj. Omran b. Omar, Guru Besar SK. Sri Kiambang, Pasir Mas. Tajuk ceramahnya ialah "PERKONGSIAN KE ARAH PENINGKATAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH".
Ceramah kedua disampaikan oleh Tn. Hj. Omran b. Omar, Guru Besar SK. Sri Kiambang, Pasir Mas. Tajuk ceramahnya ialah "PERKONGSIAN KE ARAH PENINGKATAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH".
Thursday, August 13, 2009
19 - PROJEK YANG TIADA KESUDAHAN
Kalau sebelum ini murid-murid dapat menghabiskan masa Pendidikan Jasmaninya di sekitar kawasan ini. Tapi kini, semuanya tinggal begitu sahaja. Kawasan berumput sudah menjadi bukit-bukit tanah, manakala kawasan garaj basikal yang tanahnya dibuang dan diratakan dengan batu untuk diturap tar nampaknya menjadi padang batu.
Inilah projek yang dibuat menjelang pilihanraya.
Monday, August 10, 2009
18 - RMTS
7.00 pg. murid-murid berkumpul di kantin untuk menjamu selera RMTS. Sebelum menjamah makanan, seorang murid akan membaca doa. Menu hari ini nasi lemak. Nampaknya murid-murid berselera sekali makan nasi lemak. Makanan yang paling digemari oleh murid-murid ialah nasi ayam pedas (paling popular), yang lain tu... makan juga, bukan tak makan
Sunday, August 9, 2009
17 - PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR
Hari ini merupakan saat yang penting bagi semua murid tahun enam menduduki percubaan UPSR. Sebelum ke dewan peperiksaan, semua murid berkumpul di Dewan Seri Gemilang. Guru-guru akan menyampaikan amanat terakhir sebelum menduduki percubaan. Harapan sekolah semoga murid-murid buat yang terbaik. SELAMAT MENDUDUKI PERCUBAAN UPSR ...
16 - TAKLIMAT PENARAFAN TAHAP BESTARI SEKOLAH (SSQS)
Guru Besar dan PK 1 turut serta dalam kursus tersebut
Khamis, 6 Ogos 2009 - Satu taklimat telah diadakan di Makmal Komputer SKMUB kepada semua guru bermula pukul 1.00 tgh. Taklimat disampaikan oleh En. Subri Hamat, guru data SKMUB. Dalam taklimat ini Cikgu Subri menjelaskan cara-cara untuk mengisi borang data petunjuk prestasi utama. Pengisian borang adalah secara online.
Pada hari tersebut guru-guru tidak dapat mengisi borang secara online kerana internet bermasalah....sekejap ada, sekejap tiada.....macam biskut cipsmore. Pun bagaimana walau cikgu-cikgu diminta mengisi sendiri di makmal komputer bila ada masa terluang. Tarikh akhir pada atau sebelum 14 Ogos 2009. SELAMAT MENGISILAH...!
Pada hari tersebut guru-guru tidak dapat mengisi borang secara online kerana internet bermasalah....sekejap ada, sekejap tiada.....macam biskut cipsmore. Pun bagaimana walau cikgu-cikgu diminta mengisi sendiri di makmal komputer bila ada masa terluang. Tarikh akhir pada atau sebelum 14 Ogos 2009. SELAMAT MENGISILAH...!
Tuesday, August 4, 2009
15 - PENGISIAN MASA LAPANG
Beberapa orang guru sedang mengisi masa lapangnya dengan membuka internet. Mereka membaca akhbar dan mencari bahan-bahan yang boleh menambah pengetahuannya. Seandainya semua guru dapat mengisi masa lapangnya dengan membuka komputer untuk membaca dan sebagainya, alangkah baiknya......ke arah celik ICT.
Guna penutup hidung dan mulut untuk mencegah daripada wabak Selsema Babi (H1 N1) yang semakin berleluasa, di mana hingga saat ini telah lapan orang yang terkorban. Sama-samalah kita mencegahnya.
14 - PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER
Cikgu Ismawandi Ismail sedang menjalankan pengajarannya dengan menggunakan komputer di dalam makmal. Oleh kerana sekarang ini wabak penyakit H1 N1 (Selsema Babi) semakin berleluasa, jadi Cikgu Ismawandi mengambil langkah yang bijak dalam mengelak daripada wabak tersebut dengan memakai penutup hidung dan mulut semasa menjalankan pengajarannya. Namun demikian ianya tidak menghalang proses pengajaran & pembelajaran. Satu langkah yang baik dan patuk dicontohi oleh semua guru tak kira di mana berada.
13 - PEMERIKSAAN GIGI
Subscribe to:
Posts (Atom)