Tuesday, July 28, 2009

12 - KURSUS AADK

Agensi Anti Dadah Kelantan telah menganjurkan satu kursus dengan kerjasama JPN Kelantan. Kursus ini melibatkan empat PPD iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, dan Jeli.
Kursus ini juga bermula pada 26 dan berakhir 30 Julai 2009 bertempat di Taman Rehlah, Semerak, Pasir Puteh.
SKMUB telah menghantar dua orang peserta murid Tahun Lima Bestari iaitu iaitu
Nur Farhah bt. Zaidi dan Muhammad Haziq b. Ab. Rahim. Dua murid ini dihantar oleh PK HEM ke PPD Kuala Krai. Semua murid dari Daerah Kuala Krai berkumpul di PPD sebelum bertolak ke tempat kem.

11 - LAGU SEKOLAH

Sekolahku Manek urai Baru
Melahirkan insan yang berwawasan
Budaya penyayang jadi amalan
Untuk hidup lebih cemerlang

Kami berdiri penuh iltizam
Membentuk generasi masa hadapan
Rela berkorban rela berjuang
wawasan bangsa dijulang

Ilmu panduan hidup
Menjadi asas pegangan
Amal budaya ingatan
Jasa guru dikenang 2x

Tuesday, July 21, 2009

10 - MAKAN DURIAN

12.30 tgh. guru-guru menjamu selera dengan makan durian dalam bilik guru. Ini adalah kali kedua jamuan makan pulut durian. Sedapnya hingga menjilat jari. Buah durian ini dibeli oleh seorang guru. Isinya.... fulamak... comel...isi moleklah katakan.

Sunday, July 19, 2009

9 - SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG

Dalam perhimpunan pagi ini Tn. Hj. Ramli, Guru Besar SKMUB telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang mendapat 5A, 4A, 3A dan 2A dalam UBB 3 baru-baru ini. Sumbangan ini bertujuan memberi galakan kepada murid-murid tahun enam supaya berusaha dengan lebih gigih lagi.
Ucapan Guru Besar juga minta semua murid terutama murid tahun enam agar terus berusaha untuk kecemerlangan dalam UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi.
...maaflah gambar tidak dapat disiarkan....

Sunday, July 12, 2009

8 - PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU

Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan ke-38 telah diadakan di SK.Manek Urai Baru, Kuala Krai pada 12 Julai 2009. Pelancaran ini disempurnakan dan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin Menteri Pelajaran Malaysia, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam majlis tersebut ucapan alu-aluan disampaikan oleh
Tn. Hj. Mohd Ghazali Bin Ab. Rahman Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Tema Perayaan Hari Guru tahun ini "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Sebelum majlis bersurai, YAB Menteri Pelajaran telah menyempurnakan Penyampaian Anugerah Tokoh Guru 2009.
Tokoh Guru yang dimaksudkan ialah;
1. PN. HJH. NOR AZIDAH BT. ABDUL AZIZ A.S.K., A.M.N.
2. TN. HJ. ARIFFIN B. HJ. IDRIS A.S.K., A.M.N., P.P.N.
3. TN. HJ. MOHAMAD B. MAT ARIFF P.B., A.M.N., B.S.K.

Thursday, July 9, 2009

7 - MAJLIS PEMUAFAKATAN PIBG


Majlis pemuafakatan PIBG yang dilaksanakan pada hari ini di SKMUB adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN).

Aturcara majlis ini bermula 9.30 pg. pendaftaran daripada sekolah-sekolah yang terlibat iaitu;-
1. SMK Manek Urai (93 org.)
2. SMK Laloh (25 org.)
3. SK Manek Urai Baru (34 org.)
4. SK Manek Urai (37 org.)
5. SK Laloh (17 org.)
6. SK Lela Jasa (13 org.)
7. SK Peria (35 org.)
8. SK Lata Rek (27 org.)
9. SK Sungai Sok (20 org.)
10.SK Kg. Karangan (7 org.)
11.SK Temalir (14 org.)
12.SK Chuchuh Puteri (10 org.)
13.SABK Darul Salam, Peria (2 org.)



Selepas pendaftaran para peserta (ibu bapa dan murid) dihidangkan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh
YBrs. Tn Hj. Ismail b. Ab Wahab
(Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan).


Persembahan Dikir Barat oleh PIBG SK Sg Sok berkumandang menandakan sambutan kedatanganYB Dato' Mustapa b Mohamed ( Menteri Perdagangan antarabangsa & Industri).
YB Dato' telah merasmikan majlis serta menyempurnakan Penyampaian Anugerah kepada murid diiringi ibu bapa masing-masing. YB Dato' terpaksa meninggalkan majlis kerana ingin mengadiri satu lagi majlis yang telah ditetapkan. Penyampaian Anugerah diteruskan oleh
YBrs Tn. Hj. Ismail b. Wahab. Majlis berakhir dengan jamuan tengah hari.

Sunday, July 5, 2009

6 - MAJLIS SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH


Satu Majlis Sumbangan Pakaian Sekolah telah dilangsungkan di Dewan Seri Gemilang SKMUB jam 1.00 ptg. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Mustapha Mohamed,
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan seterusnya menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada ibu bapa murid SKMUB.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah
Tn. Hj. Mohd Adnan bin Mohd Noor
(Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan).

5 - PENYAMPAIAN HADIAH/MEDAL


Semasa perhimpunan pagi Ahad, Tn. Hj. Ramli bin Mat Daud (Guru Besar) SKMUB telah menyampaikan hadiah dan madel kepada para pemenang pertandingan. Pasukan Beruniform SKMUB telah menjadi Johan Peringkat Negeri bagi acara kawad kaki.
Pasukan Bola Jaring SKMUB telah menjadi Johan dalam Karnival Pembangunan Sekolah-Sekolah PPD Kuala Krai yang telah berlangsung di SMK Laloh pada 3 dan 4 Julai lepas.

4 - KEM MATHEMATICS

Sabtu 4 Jun 2009, SKMUB telah menghantar 15 orang murid target tahun enam bagi menyertai Kem Mathematics yang bertempat di SK Sungai Sok, Kuala Krai. Semasa dalam program tersebut murid-murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan. Cikgu Zaidi bin Mohammad dari SKMUB adalah salah seorang jawatankuasa dan terlibat secara langsung dalam program tersebut.

Thursday, July 2, 2009

3 - KARNIVAL PEMBANGUNAN SEKOLAH-SEKOLAH PPD KUALA KRAI

SKMUB akan menyertai Karnival Pembangunan Sekolah-sekolah PPD Kuala Krai bermula
2 - 4 Julai 2009. Karnival ini berlangsung di SMK. Laloh bermula jam 8.00 pagi.
Antara permainan yang dipertandingkan ialah:-
* Bola sepak
* Sepak takraw
* Bola jaring
* Bola baling
Pasukan SKMUB dipimpin oleh beberapa orang guru, dan diketuai oleh
Pn. Wan Maznun bt. Wan Yahya (Penolong Kanan Ko Kurikulum)
Harapan pihak sekolah agar pasukan SKMUB akan mendapat kejayaan.... InsyaAllah.